• Who We Are
  • What We Do
  • Reports
  • Collaborate With Us
Our Projects

Media: Harian Metro

 

Section: News 

Johor Bahru: Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) menyumbang 300 baucar persekolahan bernilai RM200 setiap satu bagi meringankan beban pelajar yang kehilangan ibu bapa dan penjaga akibat pendemik Covid-19 seluruh negeri ini.

 

Menerusi hantaran di media sosial The Royal Johor, Yayasan CIMB turut menyumbang baucar persekolahan berjumlah RM200 dalam majlis penyerahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim dan Pengarah CIMB Bank Berhad Wilayah Selatan, Faridah Mohammad.

Baucar persekolahan disampaikan kepada Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) Negeri Johor, Shahilon Abd Halim selaku wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Johor, di sini.

 

Artikel Berkaitan

• Permaisuri Johor kurnia elaun bulanan bantu rakyat terjejas

• Dua sekolah perintis Kelas FullAMark

• Yayasan Raja Zarith Sofiah sumbang 1,050 PPE

• Sekolah perintis

Bantuan itu akan diagihkan kepada penerima menerusi Pejabat Pendidikan Daerah.

 

Shahilon berkata, pihaknya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris di atas perkenan mengurniakan baucar berkenaan.

 

Sementara itu, Hishamuddin berkata kurniaan itu dapat memastikan kelangsungan hidup dan aktiviti pendidikan mereka tidak terjejas. Saya juga ingin menyampaikan ini penghargaan kepada kepada para penyumbang yang bersama-sama membantu menjayakan program ini," katanya.

 

#kw YRZSNJ, baucar, persekolahan, Covid-19, murid, pelajar, Johor bahru

 


#CIMBFoundation

You may also like