• Who We Are
  • What We Do
  • Reports
  • Collaborate With Us
Our Projects

Media: KOSMO

 

Section: Negara

PETALING JAYA – GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN), sebuah kolektif Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) Malaysia menyumbang lebih RM5.7 juta bagi membantu mangsa banjir di Johor minggu lalu.

 

Menurut Sekretariat GDRN, jumlah terkumpul itu adalah sumbangan ahli GDRN termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, Celcom Digi Berhad, CIMB Foundation, Lembaga Tabung Haji (TH), Maybank, Maybank Foundation, Permodalan Nasional Berhad (PNB), PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Yayasan Hasanah, Yayasan Petronas, Yayasan Sime Darby, Yayasan TM dan Yayasan UEM.

 

“Sumbangan yang diberikan itu adalah untuk membantu mangsa banjir di negeri tersebut, manakala bantuan diagihkan kepada pusat pemindahan dan organisasi-organisasi yang bertugas di lapangan sepanjang tempoh pemulihan banjir.

 

“Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) atas seruan tindakan terhadap GLIC dan GLC untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir. Kami bertekad untuk terus bekerja dengan pantas dan cepat bagi menyediakan sokongan yang diperlukan.

 

“Dengan kekuatan kolektif GLC dan GLIC ahli-ahli GDRN, kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga dan rakyat yang terjejas,” kata Sekretariat GDRN dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menurut kenyataan itu, antara bantuan termasuk mesin janakuasa elektrik, kit solat, kit kebersihan, bantuan makanan sedia dimakan, serta bantuan kewangan pasca banjir untuk menampung kos pembaikan elektrik dan bekalan isi rumah.

 

Sebelum ini, GDRN melalui teras Jalinan Kemanusiaan (Humanitarian Response) menyalurkan bantuan bekalan perubatan untuk petugas barisan hadapan ketika mengharungi pandemik tahun 2020.

 

Selain itu, GDRN menggerakkan sokongan seperti bantuan bencana dalam krisis banjir di negara dan menyumbang kira-kira RM342 juta dari tahun 2020 hingga kini.

 

“GDRN telah memperluaskan skopnya kepada dua teras impak sosial yang lain iaitu Jalinan Ilmu (Education) and Jalinan Sejahtera (Community & Wellbeing),” kata kenyataan itu. -KOSMO! ONLINE.


#CIMBFoundation

You may also like