23 September 2018

TABS Safa Bandaraya sertai cabaran Kejohanan BolasepakCIMB Foundation
Media Title: Utusan Borneo Sabah
Section: Sport
MELAKA: Dua pasukan TABS Safa Bandaraya, ba wah 16 tahun dan bawah 11 tahun menyertai Kejohanan Bolasepak CIMB Foundation di Melaka mulai hari ini.

Ketua jurulatih Matasan Ahmad memberitahu, kedua-dua pasukan TABS tiba di Melaka kelmarin bersama para pegawai dan jurulatih.

Katanya, kedua-dua pasukan tersebut akan berusaha melakukan yang terbaik dalam kejohanan itu yang turut disertai pasukan Melaka, Kuala Lumpur, Kelantan dan Kedah.

"Pemain-pemain kami akan cuba memberi persaingan kepada pasukan lawan dan berharap kita boleh mencapai kejayaan," katanya.

Selain Matasan, pegawai dan jurulatih yang menyertai rombongan TABS ialah Awang Sabtu Jamil, Roslan Wasli, Jumat Jimmy, Michael Wong, Azlan, Rosli dan Setiausaha TABS Juraidah Abdul Rahim.
All rights reserved. Copyright © 2018 CIMB Foundation (795634-H).

Follow Us

Ooops!
Generic Popup