20 July 2018

Pikat Pasukan Eropah
Media Title: Harian Metro
Section: Arena
Kunjungan kali kedua lapan pelumba remaja negara yang berada dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) ke Eropah diharap mampu memikat pasukan di sana. Menurut jurulatih negara, Faiz Izzuddin Omar, ia antara sasaran utama dengan kunjungan ke Belanda dan Belgium selama 20 hari bermula kelmarin.

"Kami berharap sekurang-kurangnya empat pelumba akan mendapat perhatian pasukan benua di Eropah.

"Kunjungan untuk latihan dan pertandingan tahun lalu menyaksikan seorang pelumba mendapat tawaran, namun terpaksa ditolak kerana masalah pelajaran. Namun kali ini, kami berharap sekurang-kurangiiya empat pelumba mampu mencuri tumpuan pasukan Eropah," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Seramai tujuh pelumba berusia 16 hingga 19 tahun disenarai unttik menyertai 10 hingga 12 perlumbaan bertaraf dunia yang sudah diatur JCM. "Malah dua pelumba sebenarnya sudah pergi lebih awal dan sudali menaiki podium dalam perlumbaan di sana," ujarnya.

Sementara itu, penaja JCM, Yayasan CIMB menerusi Ketua Korporat Tanggungjawab Sosial, Soon Le Meng berharap kunjungan ke Eropah akan meningkatkan lagi profil pelumba.

"Saya harap ada yang berjaya di sana. Ini tahun pertama kerjasama antara JCM dengan kami, jadi kami berharap dapat mencungkil bakat baru," katanya.
All rights reserved. Copyright © 2018 CIMB Foundation (795634-H).

Follow Us

Ooops!
Generic Popup