14 August 2018

Jessica ungguli bawah 19 Sirkit Skuasy Remaja Kebangsaan CIMB Foundation
Media Title: Daily Express (KK)
Section: Sukan
KOTA KINABALU: Jessica Keng memenangi gelaran perempuan bawah 19 pada Sirkit Skuasy Remaja Kebangsaan CIMB Foundation ke-9 di Kompleks Sukan MPI di Ipoh pada Ahad.

Pemain Sukma itu yang menduduki tangga kedua semasa pusingan pertama pada Mei cliletakkan sebagai pemain pilihan dengan ketiadaan Aira Azman dan dia tidak ada masalah menewaskan pemain pilihan kedua Kiroshanna A/P Manoharan dari Negeri Sembilan 11-7,11-4,11-8 di final.

Terdahulu dia menewaskan seorang lagi pemain dari Negeri Sembilan Chen Yu Ng 11-4,11-7,11-2 di semi final untuk menempah tempatnya di final.

Jessica adalah antara lima pemain Sabah yang mengambil bahagian dalam kejohanan empat hari itu dan Nicholas Tan merupakan satu-satunya pemain lain yang menamatkan saingan di kelompok terbaik.

Dia menduduki tempat kelapan dalam kategori lelaki bawah 19 dengan kekalahan 8-it, 9-11, 8-11 kepacla Ong Jin Zher dari Pulau Pinang dalam perlawanan play off.

Tiga lagi ahli pasukan menamatkan saingan di kelompok 20 teratas dengan Adam Amrie Goh menduduki tempat ke-14 dalam kategori lelaki bawah 17, Muhammad Akid Izz Zulkifli di tempat ke-15 dalam kategori lelaki bawah 15 dan Rebecca Lai Hung Ching menduduki tempat ke-20 dalam kategori perempuan bawah 17 tahun.
All rights reserved. Copyright © 2018 CIMB Foundation (795634-H).

Follow Us

Ooops!
Generic Popup