4 May 2018

Atlet skuasy remaja Sarawak cemerlang pada Sirkit Remaja Kebangsaan CIMB
Media Title: Utusan Borneo Sarawak
Section: Sukan
KUCHING: Atlet skuasy remaja Sarawak beraksi cemerlang pada Sirkit Remaja Kebangsaan CIMB Foundation Rising Star Ke-13 (Pusingan Pertama) yang diadakan di Melaka, baru-baru ini.

Kontinjen negeri Berjaya menggondol dua kejuaraan untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik pada kejohanan selama lima hari itu yang menjadi sebahagian dariada Program Pembangunan Skuasy Remaja CIMB.

Pemain dari Miri, Harith Danial Jefri mencatat gelaran keempatnya pada tahun ini selepas menjinakkan Tay Jun Qian dari Selangor 3-2 dalam kategori Remaja Lelaki Bawah 13 Tahun.

Harith diberikan tentangan sengit dan tewas dalam dua set pertama 10-12,8-11 sebelum berjaya bangkit untuk menang dalam tiga set terakhir, 11-3, 11-8, 11-7.

Tempat ketiga dimenangi peserta Melaka, Veroon Heng yang menewaskan Tho Wei Yan dari Pulau Pinang 3-0 (11-9, 12-10, 11-7).

Sarawak meraih gelaran kedua apabila Wong Lee Hong juga dari Miri memenangi kategori Remaja Lelaki Bawah 11 Tahun.

Beliau berjaya mengatasi Abdul Fahmi Abdul Basir dari Kedah dengan 3-0 (11-6, 11-2, 11-2).

Sementara itu, Agatha Cheng Si Cheng dari Sibu muncul naib juara kategori perempuan Bawah 9 Tahun selepas tewas 5-11, 8-11, 5-11 kepada pilihan pertama dari Negeri Sembilan, Harleein Tan.

Rakan sepasukan Agatha, Iris Chieng dan Lee Xin Yee menduduki tempat kelima dan keenam.

Seorang lagi peserta Sarawak, Altamis Aqhar Sallam menduduki tempat keempat dalam kategori Remaja Lelaki Bawah 11 Tahun.

Yeoh Ai Nah bertindak selaku pengurus pasukan Sarawak, manakala Jewan Singh Chal, Athar Ali dan Liong Bi Ling sebagai jurulatih.
All rights reserved. Copyright © 2018 CIMB Foundation (795634-H).

Follow Us

Ooops!
Generic Popup