13 January 2017

SKT1 sertai klinik bola sepak ASA GP Melaka, CIMB 
Harian Metro, Arena
Melaka: Lebih 30 pelajar Sekolah Kebangsaan Tengkera 1 (SKT1) menyertai klinik akar umbi anjuran bersama Kelab Bola Sepak ASA­GP Melaka dan CIMB Foundation pada setiap Sabtu.

Program dikenali sebagai CIMB Melaka Junior Tran querah itu antara usaha pembangunan bola sepak dalam kalangan pemain muda sekali gus mendedahkan mereka kepada pembentu kan permainan lebih baik.

Presiden ASA GP Melvin Tan berkata, program mem babitkan pelajar berusia 9­12 tahun bermula jam 9 hingga 11 pagi setiap Sabtu itu mem beri peluang kepada mereka mendalami ilmu bola sepak moden.

Katanya, program setahun itu turut disokong pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang membuka ruang kepada pemain berbakat untuk menyerlah.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu wakil CIMB Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi PIBG Khairi Anuar Ahmad dan penye laras program John Koh. 

"Kami juga membawa dua bekas pelajar sekolah Gaddafi Kamarudin dan Amirul Amer yang kini menjadi pemain Piala Presiden Melaka 2016. "

Sokorigan semua pihak terutama ibu bapa dan guru menjadi pemangkin kejayaan terutama terhadap proses pendedahan dalam kalangan pemain muda sebagai generasi pelapis bola sepak negara masa depan," katanya.
All rights reserved. Copyright © 2017 CIMB Foundation (795634-H).
Ooops!
Generic Popup