3 March 2017

BOLEH JUAL JANGAN BUANG 
Harian Metro, Setempat

Jangan sangka minyak masak terpakai tidak berguna, sebaliknya komoditi itu boleh ditukar menjadi pendapatan sampingan daripada dlbuang begitu saja.

Bagi setiap satu kilogram (kg) minyak masak terpakai, orang ramai boleh memperoleh RM1 sekilogram jika ia* dijual semula untuk diproses menjadi biodiesel.

Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai itu dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama CIMB Foundation di samping menawarkan harga tukaran RM1 untuk satu kg minyak masak terpakai.

Ketua Unit Jalinan Industri dan Masyarakat Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM Prof Dr Mohd Ali Hassan berkata, minyak masak terpakai itu boleh ditukar menjadi biodiesel menerusi proses khusus yang boleh digunakan untuk kenderaan berat seperti traktor, bas dan sebagainya.

Menurutnya, proses ini dikenali sebagai 'tranesterifikasi' yang akan memproses minyak masak terpakai dicampur bahan kimia lain.

"Antara bahan kimia digunakan untuk menukar minyak masak ini kepada biodiesel adalah methanol, pemangkin (catalysi) dan minyak masak itu sendiri.

"Kebiasaannya, proses itu mengambil masa enam jam untuk menghasilkan 100 liter bio diesel yang dibuat seminggu sekali," katanya ketika ditemui di Kompleks Bioreflnery UPM, semalam.

Katanya, kekangi ketika ini untuk mendapatkan bekan minyak masak terpakai berikutanrang ramai masih tidak menyedari ynoditi itu boleh digunakan & bukan dibuang begitu saja.

"Saya meyeru orang ramai supaya mengumpul minyak masak erpakai dan hantar ke tiga pusat pengumulan,  kami di UPM iaitu pusat Transformasi Komurti Universiti (UCTC), Fakulti Bioteknologi dan Saiis Biomolekul (FBSB) dan Loji Pandu Biokompos 3i Kompleks Biorefinery tntuk ditukar kepada waig tunai.

"Setakat ini, kami menerima befolan daripada kakitangain UPM sendiri untuk diproses meitjadi biodiesel bagi kegunaan bas daii traktor di UPM, bagaimanapun jumlahnya terhad," katanya.

Mohd Ali berkata, dia mendapat idea memproses minyak masak terpakai itu melalui rakan dari Jepun, selain melawat sebuah bandar di Izuka, Jepun yang memproses biodiesel.

"Penduduk sekitar menyerahkan minyak masak terpakai kepada pusat pengumpulan di sana sebelum ia diproses golongan kurang upaya.

"Ia menjadi pendapatan sampingan kepada penduduk di Izuka, selain kenderaan berat di sana mesra alam," katanya.

Penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) Mohammed Abdillah Ahmad Farid berkata, dia bersama Dr Mohd Ali melakukan penyelidikan itu hampir lima tahun menghasilkan biodiesel.

"Kami menggunakan campuran 90 peratus diesel tulen dan disuntik 10 peratus biodiesel tanpa perlu pengubahsuaian enjin kenderaan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Cawangan CIMB Bank di UPM Zuraiti Zakaria berkata, Yayasan CIMB menyerahkan dana RM45,000 kepada UPM untuk menjalankan projek bio diesel berkenaan.

"Kami berharap sumbangan ini dapat membantu masyarakat, sekali gus menangani isu kos bahan api yang membelenggu pengguna di negara ini," katanya.

All rights reserved. Copyright © 2017 CIMB Foundation (795634-H).
Ooops!
Generic Popup