22 January 2017

70 bakal jalani pembedahan katarak 
Mingguan Sarawak, Tempatan
SRI AMAN: Seramai 70 pesakit katarak di sini bakal menjalani pembedahan hasil bantuan Kelab Rotary of Kuching Central (RCKC) dan Yayasan CIMB dalam minggu ini menerusi Rotary Brings Vision To Sri Aman 2017.

Presiden RCKC, Clarence Yong berkata kesemua pesakit terbabit akan menjalani pembedahan katarak menerusi penggunaan lensa pengganti atau Intraocular Lenses (lOls).

"Yayasan CIMB menyumbang RM55,000 untuk membantu kita menampung pembelian 201 lOls tahun ini dengan 70 daripada alat itu diguna untuk tujuan perawatan pesakit katarak di Sri Aman.

"Klinik Katarak 1 Malaysia (KK1M) dan Hospital Bahagian Sri Aman menerima lOls terbabit dengan pesakit bakal menjalani rawatan pada minggu ini menerusi bantuan Ophthalmologists dan doktor bedah dari Klinik Mata, Hospital Umum Sarawak," katanya.

Yong berkata, projek terbabit usaha RCKC yang telah melaksanakan kempen Preventable Blindness semenjak tahun 2008 bermula dari kawasan Kapit.

Menerusi kempen tersebut jelasnya, RCKC membantu menyediakan operasi pembedahan katarak secara percuma kepada pesakit sebelum berganding bahu dengan Hospital Umum Sarawak pada 2010 bagi tujuan itu.

"Kita turut berganding bahu dengan Hospital Sibu pada 2012 untuk memberi bantuan pembe
dahan secara percuma kepada 100 pesakit katarak dengan 100 pesakit lagi turut menjalani pembedahan percuma hingga Jun tahun ini di Hospital Mukah.

"Justeru diharapkan usaha RCKC ini dapat menyedarkan semua pihak mengenai pentingnya menghargai serta menjaga kesihatan mata dari masa ke masa," katanya.

Terdahulu Majlis Penyerahan 70 lOls kepada KK1M dan Hospital Bahagian Sri Aman disempurnakan Menteri Muda Pembangunan Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan, Datuk Francis Harden Hollis.Turut hadir Pengurus CIMB Cawangan Satok David Ling, wakil Pengarah Hospital Bahagian Sri Aman Dr. Ooi Soon Ming dan Pengerusi Komuniti Preventable Blindness Chai Ko Jee.
All rights reserved. Copyright © 2017 CIMB Foundation (795634-H).
Ooops!
Generic Popup